cursor

Ahad, 24 Jun 2012

LANGSING SEMUDAH ABC!!!

Tubuh lanGsing sememangnya menjadi idaman!Siapa yang tidak suka nampak cantik bukan?Sebut sahaja tubuh badan langsing,pasti semua orang akan memikirkan diet yang melampau serta mengambil produk pelansingan badan.Sebenarnya,ada cara yang lebih berkesan semudah ABC.Ingin tahu bagaimana?Jom baca tip yang saya hendak kongsi bersama anda.....:)

1.Mengunyah makanan - Ketika kita makan,kunyahlah makanan sehingga hancur sebelum menelannya.Makanan hadam yang ditelan membantu melansingkan tubuh kerana ia sudah dikisar halus di dalam mulut sebelum ditelan terus menuju ke dalam mulut.

2.Pengambilan berkadar - Jangan tahan selera secara melampau. Jika kamu mengidamkan untuk makan kek coklat,aiskrim atau tiramisu, makanlah tanpa gusar. Namun pastikan pengambilannya berkadar. Jangan elak terus makanan ini kerana sekali kamu tidak tahan, kamu mungkin mengambilnya 10 kali ganda lebih banyak daripada biasa.

3.Bersila - Duduk bersila ketika menghadap makanan. Tahukah kamu, makan di atas lantai adalah lebih baik daripada makan di atas kerusi kerana ia memantau jumlah makanan yang masuk ke dala perut? Dekatkan paha ke perut kerana ia menghalang perut daripada menerima makanan melebihi kadar yang sepatutnya.

4.Jilat jari - Ramai yang memepunyai tabiat menjilat lebihan makanan di jari sesudah makan.Kamu geli dengan cara ini?Lupakanlah rasa geli kamu itu kerana ia sebenarnya sangat baik untuk menghadamkan makanan yang diambil. Enzim-enzim yang ada pada celah-celah jari semasa kamu menyuap makanan berkesan secara aktif untuk mempercepatkan proses penghadaman dan membantu mengurangkan jumlah lemak yang ada pada badan.


Pengikut